Saturday, 16 February 2013

perubahan...baik atau buruk..

Assalamuaalaikum...

Tergerak hati untuk menulis blog pada malam ini...
begitu RINDU
siapa diri aku sebenar saat ini ya Allah..
memang ku akui
hidup berdikari memang penuh cabaran dan godaan
berbeza dari zaman sekolah yang pasti..
tidak ada yang kawal segala tingkah laku kita setiap masa
istiqamah?
diri ini kuakui begitu susah menjadi insan yang sentiasa istiqamah dalam setiap perilaku
sabar?
memang sabar ada dalam diri tetapi kadang2 sabar sahaja tidak cukup
kerana pasti keikhlasan perlu ada dalam diri yang serba kekurangan ini
memaafkan orang lain dan juga huluran maaf kepada orang lain?
ya..kuakui sememangnya mudah melafazkan maaf pada mulut tetapi tidak pada hati...moga aku tidak menjadi seperti itu berterusan...memaafkan orang lain..moga aku ikhlas dengan semua itu..

ya...kadang2 aku begitu leka dengan nikmat di dunia ini..
terlalu banyak kata yang tidak baik terlafaz dari mulutku ini...
hanyut dengan hiburan dunia semata-mata...
saat ini, aku sedar...diri ini kenalah sentiasa muhasabah diri..
lumrah dunia..
tidak semua yang berada di sekeliling kita boleh menerima kita seadanya..
ingatlah sentiasa bahawa baik pada pandangan Allah maka baiklah di pandangan manusia...
peliharalah insan yang begitu lemah ini ya Allah..diriku ini mengharapkan penghijrahan yang positif..
jauhilah yang negatif yang dimurkai oleh Mu ya Allah...sekiranya ku tidak mampu berubah ke arah yg lebih baik, janganlah aku terjebak ke lembah kehinaan yang tidak diredhai oleh Mu...amin ya Rabb..

#doakan aku ye sahabat2..moga kita sama2 positifkan diri dan berhijrah ke arah kebaikan...
 
**Alhamdulillah, Allahukbar, Subhanallah


aku hanya insan biasa, mengharapkan kerehaanNya..
            salam sayang,

            -Nur Nadia-
 


No comments:

Post a Comment